Klik

134 individu ditahan ingkar PKPP

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 134 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, 19 individu direman, 22 dijamin manakala 93 lagi dikenakan kompaun. Antara kesalahan yang dilakukan merangkumi aktiviti pusat urut tanpa lesen melibatkan 12 individu, aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) melibatkan 33 orang, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal seramai 88 orang dan pelanggaran perintah pengawasan, seorang.

Kandungan berkaitan