Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turut menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Bantuan ini akan disalurkan kepada kira-kira 179,198 veteran ATM yang tidak berpencen namun tidak melibatkan waris. Pemberian bayaran ini melibatkan peruntukan berjumlah RM89.5 juta.