Klik

184 mangsa ribut Mukim Salak terima wang ihsan RM500

Seramai 184 individu dan keluarga yang terjejas akibat bencana ribut di Mukim Salak awal Mac lalu menerima sumbangan berupa wang ihsan sebanyak RM500 yang disalurkan melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Selangor Daerah Sepang Tahun 2021 itu bertempat di Balai Raya Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Kandungan berkaitan