Klik

19 PATI ditahan, 536 sekatan jalan dilakukan

Seramai lebih 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam Operasi Benteng semalam. Turut berjaya dirampas, lapan kenderaan darat. Sebanyak 82 bot dan kapal yang berada di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan turut dikesan dalam operasi tersebut. Manakala, sebanyak 536 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan Operasi PENAWAR melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan 480 SJR, Operasi Benteng PDRM dengan 47 SJR dan Operasi Benteng AKSEM dengan sembilan SJR.

Kandungan berkaitan