Klik

202 gagal patuhi penjarakan fizikal ditahan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,955 pemeriksaan semalam, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semalam, seramai 517 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 513 dikompaun manakala empat lagi direman. Kesalahan tertinggi yang dilakukan melibatkan tiada penjarakan fizikal iaitu 202 kesalahan.

Kandungan berkaitan