Klik

33 tidak pakai pelitup muka kena tindakan

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan 93 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, 85 individu dikompaun manakala lapan individu direman. Antara kesalahan dilakukan termasuk tidak memakai pelitup muka (33), penjarakan fizikal (32), aktiviti dalam pub / kelab malam (14), premis beroperasi tanpa kebenaran (7), gagal menyediakan peralatan / rekod butiran diri (6), dan gagal mengemukakan surat kebenaran keluar / masuk kawasan PKPD (1).

Kandungan berkaitan