Klik

382 ingkar PKPP, 18 direman

Semalam, pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 382 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, seramai 364 individu telah dikompaun dan 18 individu pula direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah tidak memakai pelitup muka (136), premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (58), aktiviti pusat hiburan (42), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (22) dan lain-lain (58).

Kandungan berkaitan