Klik

463 ingkar SOP, pesta tertutup antara kesalahan

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 463 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 36 lagi direman. Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (173), tidak memakai pelitup muka (67), aktiviti perjudian (51), merentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (50), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (31), aktiviti pusat hiburan (29), pesta tertutup (9), dan lain-lain (53).

Kandungan berkaitan