Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan dapatan dan syor Kajian Semula Pasaran Sektor Makanan di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Sebanyak lima barangan makanan dijadikan fokus kajian tersebut iaitu daging, ikan kembung, rumusan bayi, sawi dan kobis bulat. Kajian ini meneliti struktur pasaran di samping menghuraikan sebab kenaikan harga barang.