Klik

506 ingkar PKPP, 72 libat pusat hiburan

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan seramai 506 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, seramai 498 individu telah dikompaun, enam individu direman manakala dua lagi dijamin. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (145), tidak memakai pelitup muka (124), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (96), menjalankan aktiviti pusat hiburan (72), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17) dan lain-lain (52).

Kandungan berkaitan