Klik

51 sembuh, 20 kes baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 51 kes sembuh Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 9,315 (91.6 peratus). Bagaimanapun, 20 kes baharu dilaporkan melibatkan tiga kes import dan 17 kes penularan tempatan. Ia menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 10,167 dengan 722 kes aktif. Satu kematian dilaporkan membabitkan lelaki, 82 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Kandungan berkaitan