#ADNBukitMelawati #Covid19 #BantuanKhas
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli akan memberikan bantuan barangan dapur kepada 600 keluarga yang merangkumi lima golongan sasar yang dikenal pasti. Selain itu, sumbangan makanan kepada barisan hadapan (frontliners) yang bertugas sepanjang tempoh perintah kawalan turut diberikan.