Selangor kembali merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 910 kes dan terdapat dua kes kematian. Sementara itu, tiga kluster baharu dikesan melibatkan jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak Bina Lombong Timah, dan Pasar Jalan Putra.