EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud bercadang untuk mengubal undang-undang dan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemilik rumah yang gagal menjaga premis masing-masing sekali gus menjadi punca penularan wabak denggi di Selangor.
Beliau berkata demikian ketika melawat Taman Cempaka, Serendah dan Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.