Lebih sejuta akaun pengguna telah kembali menerima bekalan air pagi ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Tambahnya, kecekapan agensi terlibat menguruskan masalah pencemaran membolehkan bekalan air dapat disalurkan lebih awal dari tempoh yang dijangkakan.