Klik

ADN Sungai Kandis serah 300 pelitup muka untuk petugas PKPB Klang

Sebanyak 300 pelitup muka dan pek makanan telah disumbangkan kepada petugas hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Taman Sri Andalas oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni pagi tadi. Hasil tinjauan beliau, keadaan masih terkawal dan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan kerajaan.

Kandungan berkaitan