Fenomena air pasang besar gelombang kedua di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang mencapai ketinggian 5.7 meter sekitar pukul 6.11 pagi tadi. Hasil tinjauan kru TVSelangor, beberapa kenderaan didapati tenggelam serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Stesen Pelabuhan Klang turut terkesan.