Ucapan Pimpinan Video

Anwar : Salur IMF dana RM10 juta, bukti pembaziran nyata BN

Malaysia muncul satu-satunya negara di dunia yang memperuntukkan RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi membolehkan penubuhan cawangan Bank Dunia di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu disifatkan sebagai satu ‘keanehan’ kerana Bank Dunia yang harus menyalurkan ransangan, namun Malaysia memilih untuk menyediakan dana.

Katanya, walaupun jumlah saluran tidak terlalu besar, namun ia membuktikan satu lagi pembaziran nyata yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengurus perbelanjaan negara.

Kandungan berkaitan