Kediaman milik bekas atlet angkat berat Selangor, Darus Abdullah dibaik pulih hari ini menerusi Program Ceria Atlet Selangor. Program tersebut hasil kerjasama Kerajaan Negeri dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).