‘Scan to Ride’ untuk menaiki Bas Smart Selangor akan mula dilaksanakan di beberapa laluan pada hujung bulan ini, kata EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Kerajaan Negeri kini sedang menunggu pembentangan akhir kertas kerja oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) untuk melaksanakannya.