Reza Huzairi Zainuddin merupakan bekas pesakit Covid-19 yang berjaya sembuh selepas ditempatkan di wad pengasingan, Hospital Sungai Buloh sejak 4 Mac dan discaj pada 14 Mac lalu. Beliau terus kekal kuarantin di rumah sebagai langkah berjaga-jaga walaupun sudah bebas daripada virus itu.