Klik

Bina kawasan berbumbung, SRA Selayang Baru bakal terima RM50,000

Sekolah Rendah Agama (SRA) Selayang Baru bakal menerima bantuan RM50,000 bagi membina kawasan berbumbung di hadapan sekolah itu. Ia memanfaatkan pelajar, kakitangan dan jemaah Surau Al-Ittihadiyah. Perkara itu dimaklumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-16 sekolah tersebut. Peruntukan menerusi Pejabat Dato’ Menteri Besar.

Kandungan berkaitan