Aduan Rakyat

Cabaran MPK laksana norma baharu pasar pagi

Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini mempunyai cabaran baharu iaitu memastikan pasar yang mula dibuka hari ini (15 Jun 2020) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Pagi tadi, MPK telah membuat kawalan di pintu masuk utama pasar pagi Taman Eng Ann, Klang bagi memastikan pelaksanaan pembukaan semula pasar pagi itu mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Aduan Rakyat mendapati, kebanyakan peniaga memulakan perniagaan dengan norma baharu selepas pasar pagi tersebut ditutup selama tiga bulan.

Kandungan berkaitan