Nabi Muhammad SAW mempunyai pengikut daripada golongan ditindas, hamba sahaya & orang biasa kerana baginda tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya sentiasa membela nasib golongan berkenaan.
Keharmonian perlu dipupuk dalam kalangan semua masyarakat agar negara kekal aman sentosa. Perlu mempertimbangkan semua perkara dengan bijak, bukan bersifat melulu.