Sebanyak 255 projek Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan untuk dibangunkan, sehingga 30 Jun 2019. Kerajaan Negeri menerima lebih 189,000 permohonan RSKU sehingga 1 Julai 2019.
Sehingga Disember 2018, Kerajaan Negeri berjaya mengutip hasil premium tanah lebih RM736 juta bersamaan 6.78% berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.086 bilion.
Kerajaan Negeri mensasarkan penurunan kadar pengangguran kepada 2.5 peratus pada tahun 2019. Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus sejak tahun 2016 sehingga 2018.