Kehidupan Puteri Paulina dan anak-anak semakin bahagia di bawah jagaan Iskandar. Jamali tetap tidak mengendahkan nasihat Iskandar malah meneruskan kegiatan haramnya.
Setelah betengkar dengan Jamali, Puteri Paulina mengambil keputusan keluar rumah bersama anak-anaknya dan meminta bantuan Iskandar, manakala Rykal terus diganggu oleh peminatnya di kampus.
Iskandar berjumpa dengan adik iparnya, Jamali, yang meminta duitnya tanpa segan silu meskipun mereka sudah lama tidak berjumpa. Adakah Iskandar akan menurut permintaan Jamali?
Iskandar memanggil semua ahli keluarganya untuk berkumpul di rumahnya. Keluarga Iskandar masih terkejut dengan kepulangan dan kejayaan yang dibawa pulang.
Saksikan drama IPR Holding yang berkisahkan tentang sebuah keluarga di Selangor mengharungi liku-liku kehidupan, setiap hari Khamis, jam 3 petang, hanya di TV Selangor.