Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor mengiktiraf 11 tokoh wanita berdaya dengan menghimpunkan kisah kejayaan mereka menerusi terbitan buku ‘Ceritalah Wanita’. Buku ini mampu dijadikan inspirasi kepada anak muda dan menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan wanita mengenali potensi diri.