Klik

Covid-19: 2,461 kes baharu, lapan kematian

Sebanyak 2,461 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 280,272 kes. Kesemua jangkitan baharu itu melibatkan penularan tempatan. Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi di Malaysia dengan 1,001 kes, diikuti Kelantan 257 kes dan Johor 233 kes. Sementara itu, sebanyak 4,782 kes dilaporkan sembuh, manakala lapan kematian direkodkan.

Kandungan berkaitan