Klik

Covid-19: 3 kes baharu di Selangor, 1 babit warga tempatan

Selangor merekodkan satu kes baharu dalam kalangan warga tempatan hari ini. Manakala, dua lagi adalah kes import. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan di negara ini dimana empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan tiga bukan warganegara adalah merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada enam kes penularan di dalam negara pula, empat kes adalah di kalangan warganegara dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Kandungan berkaitan