Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 821 kes hari ini. Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan. KKM turut memaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 313 kes.