Klik

Covid-19: 839 pulih, 1,009 kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bilangan kes pulih Covid-19 hari ini adalah sebanyak 839 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 25,654 kes (70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,503 kes.

Kandungan berkaitan