#istananegara #covid-19 #saringan
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.