Klik

Covid-19: Kluster baharu, kes import dari negara Rusia dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan satu kluster baharu (kluster Novgorod) yang telah dikesan di Melaka. Kes pertama kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang pulang dari negara Rusia pada 5 Julai 2020 lalu. Keputusan saringan sehingga 13 Julai 2020, terdapat tiga kes positif Covid-19 dan 14 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Kesemua 14 orang kontak rapat telah disaring dan dikesan negatif COVID-19. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif sedang dipergiatkan.

Kandungan berkaitan