Berikutan laporan kes cubaan merogol seorang mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah (UMS), wakil mahasiswa dari Pertubuhan ISRA Malaysia hadir menghantar memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Memorandum bertujuan menegakkan keadilan kepada mangsa yang masih dalam keadaan trauma, dan juga mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pentadbiran UMS kerana bersuara dalam isu tersebut.