Klik

Degil tidak pakai pelitup muka, 99 ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 217 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, seramai 210 individu telah dikompaun manakala 7 individu lagi direman. Antara kesalahan dilakukan termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, aktiviti pusat hiburan, tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

Kandungan berkaitan