Klik

E-Taisir pendekatan baharu tebus barangan sekolah

E-Taisir merupakan pendekatan baharu yang digunakan Lembaga Zakat Selangor untuk pemberian bantuan tanpa tunai bagi bantuan keperluan peralatan sekolah. Penebusan barangan dibuat menggunakan kad pengenalan ketua keluarga dengan mengunjungi pasaraya terpilih mengikut daerah. Namun, bagi daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang boleh menebus melalui Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS). Tempoh penebusan bantuan bagi sesi sekolah tahun 2021 bermula 16 Disember 2020 sehingga 28 Februari 2021.

Kandungan berkaitan