Klik

Empat Hakim Syarie dilantik Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menyerahkan watikah pelantikan kepada empat orang Hakim Syarie sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan, hari ini. Mereka yang dilantik ialah Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Mohd Amran Mat Zain. Dua lagi yang dilantik ialah Dato‘ Mohamad Shakir Abdul Hamid dan Othman Ibrahim. Pelantikan mereka berkuat kuasa pada 4 Mei 2020 hingga 3 Mei 2023.

Kandungan berkaitan