Klik

EXCO ucap tahniah, Datuk Bandar & MBSJ

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Subang Jaya di atas pengisytiharan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hari ini. Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Noraini Roslan di atas pelantikan sebagai Datuk Bandar. Subang Jaya merupakan sebuah bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur dan diyakini akan terus ke arah pembangunan lestari yang berteraskan dimensi ekonomi dan pada masa sama mampu mengekalkan kehijauan alam.

Kandungan berkaitan