Klik Video Pilihan Video Utama

Forum integriti, perkasa amanah

Konvensyen Integriti Kali Ke-5 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) disertai hampir 500 orang peserta daripada agensi kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Konvensyen kali ini bertemakan “Pemerkasaan Integriti dan Tadbir Urus Korporat Terbaik”. Antara penceramah yang dijemput, Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim, Pengarah Urusan & Ahli Ekonomi DM Analytics, Dr. Muhammed Abdul Khalid dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Kandungan berkaitan