Ucapan Pimpinan Video

Golf Worldwide Holdings Masters dipancar ke 160 negara, peluang promosi Selangor

Kejohanan Golf Worldwide Holdings Masters yang berlangsung hari ini, 18 September hingga 21 September akan dipancarkan secara langsung ke 160 buah negara.

Ketua Komunikasi Korporat WHB, Amin Nardin Ishak berkata kejohanan siri jelajah Asia itu yang memasuki siri ketujuh, ia akan dipancarkan secara langsung dua hari berturut-turut.

Katanya, melalui liputan siaran langsung itu nanti, dianggarkan sebanyak 160 buah negara dan lebih 500 juta kediaman berpeluang untuk menyaksikan kejohanan berprestij ini.

Ia dilaksanakan di bawah platform televisyen jelajah Asia termasuk siaran ulangan bagi program golf bertaraf dunia.

Kandungan berkaitan