Klik Video Pilihan Video Utama

Graduan cemerlang akui bermasalah belajar, tidak malu bertanya

Sedar akan kelemahan diri dalam pembelajaran atau ‘slow learner’, graduan Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian), Nur Anisah Norazmi, 22, tidak pernah malu untuk bertanya dan berjumpa pensyarahnya ketika di dalam atau luar kuliah. Amalan itu sentiasa dipraktikkannya sehingga beliau diangkat selaku penerima Anugerah Canselor ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-14. Selain itu, graduan Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak), Mohd. Faizal Wahimin, pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Timbalan Perdana Menteri (Kepimpinan Mahasiswa Budiman).

Kandungan berkaitan