Keghairahan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus perlu dipersoal kerana ia akan memberi kesan bebanan cukai yang lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Perbendaharaan Malaysia menganggarkan isi rumah berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan mengalami pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST.
Manakala, katanya isi rumah berpendapatan lebih RM 4,000 sebulan dijangka mencatat kenaikan sekurang-kurangnya RM 1,550 setahun.