Hapuskan Aedes, Dr. Mariah pesan

0
233

Majlis Konvensyen Skuad Anti Denggi 2018 Peringkat Daerah Petaling dirasmikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud di Ballroom Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Denggi Daerah Petaling bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada skuad anti denggi yang bekerja keras dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti pembasmian denggi di kawasan masing-masing.