Program Kerajaan Selangor Video

DYMM beri sumbangan kepada golongan miskin, golongan fakir, anak yatim serta golongan mualaf

Lebih 1,000 rakyat tidak melepaskan peluang berkumpul dalam majlis berbuka puasa bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bukit Jelutong semalam.

Meskipun hujan mula membasahi bumi seawal jam 6 petang, ia tidak menghalang rakyat terus membanjiri pekarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah hingga lewat waktu berbuka.

SultanDalam majlis itu, Baginda Sultan turut berkenan menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Sime Darby Property Berhad (SDPB) berjumlah RM1juta bagi tahun kewangan berakhir 2014.

Kandungan berkaitan