MES Video

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (Versi MELAYU)

Sinopsis:

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian memberi peluang kepada rakyat negeri tercinta ini memiliki tanah yang telah mereka diami semenjak sekian lama.

Kajian bersama semua pejabat berkenaan mendapati ramai rakyat Selangor tidak mampu memiliki tanah sendiri kerana masalah pembayaran premium.

Skim ini memudahkan proses dan dengan bayaran premium geran tanah RM1,000 sahaja, penerima notis 5A menjadi pemilik sah.

Skim ini juga boleh digunapakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan tamat tempoh pajakan, melanjutkan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah.

Skim ini adalah kali pertama diperkenalkan di Malaysia demi menggalakkan pemilikan tanah persendirian.

Kami mengiktiraf hak anda.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

 

Kandungan berkaitan