Klik

Ingkar PKPP, 455 ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 455 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 27 individu pula direman dan seorang dijamin. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, aktiviti pusat hiburan, tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran dan lain-lain.

Kandungan berkaitan