Klik

Jangan buang merata topeng muka dan sarung tangan!

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa menyeru orang ramai meningkatkan kebersihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menjayakan usaha menyekat penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. Orang ramai diminta menguruskan sampah dengan mengikat bungkusan dengan sempurna terutamanya bahan perlindungan diri pakai buang iaitu topeng muka dan sarung tangan yang boleh mendatangkan risiko kepada petugas pengurusan sisa domestik KDEB Waste Management.

Kandungan berkaitan