Klik

Jemaah solat Jumaat bagi zon hijau dan kuning diperluaskan

Jumlah jemaah solat Jumaat di masjid akan diperluaskan kepada satu per tiga daripada kapasiti dewan solat utama bagi setiap masjid bagi zon hijau dan kuning di kawasan wilayah persekutuan, ujar Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tambahnya, solat fardhu lima waktu bagi zon hijau dan kuning pula tidak melebihi 30 orang jemaah di setiap masjid dan surau dengan penjarakkan satu meter antara jemaah. Jumlah jemaah bagi zon merah pula dihadkan kepada 12 orang jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardhu pula dihadkan kepada tiga orang jemaah sahaja.

Kandungan berkaitan