Klik

Jobvaganza Selangor 2020 tawar 1000 peluang kerjaya

Karnival Kerjaya Selangor Jobvaganza 2020 Dun Bukit Melawati yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mac 2020 bakal menyediakan hingga 1000 peluang pekerjaan kepada golongan belia dari sekitar Dun Melawati dan kawasan sekitar.
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, program yang akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor itu dapat memberi peluang bukan sahaja anak muda di luar bandar tetapi terbuka kepada golongan yang mencari pekerjaan termasuk orang kelainan upaya dan pesara.

Kandungan berkaitan