Persatuan Tenis Selangor (STA) akan menganjurkan Kejohanan ATF 14 Tahun & ke bawah Gred A dengan kerjasama Persatuan Lawan Tenis Malaysia (LTAM) untuk kali kedua bermula 23 hingga 27 Oktober depan. Kejohanan ditaja PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) dengan penglibatan lebih 20 negara.